Alhamdulillah dah selesai temuduga IPG kelmarin (12 Mei 2014). Subjek Bimbingan dan Kaunseling. Bertempat di Institut Pendidikan Guru kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kali ni aku nak cerita serba sedikit pengalaman dan maklumat buat mereka yang masih belum temuduga.. Harap bermanfaat dan dpt dijadikan persediaan awal untuk temuduga buat yang lain.. Jangan jadi kalut macam aku sudah..
Disebabkan kami satu keluarga sgt jarang ke KL, jdi kami bertolak sehari awal.. ayah cakap, xnak tergesa gesa.. takut jam lagi.. pengakuan, ni kali pertama aku gi KL.. terima kasih.. Perbezaan Ipoh dgn KL sangat2 lah ketara. Jauh bezanya.. Ipoh xde bangunan pencakar langit.. Ipoh xpanas. Ipoh xbyk jalan yg bersimpang siur smpai GPS pon gelong xtaw lokasi sebenar kita.. Oke, xperlu nak bandingkan sgt.. setiap tempat ade kelebihan dan kekurangannya sendri.. Tp, apa yang aku boleh kata, aku dan Kuala Lumpur adalah tidak serasi..
menuju ke hutan batu |
Sesampainya ke KL, ayah terus cari IPGkBM tu sebab xnak kalut kan katanya.. Bila lokasi IPG da dikenal pasti, baru ktorang berusaha nak cari hotel pulak.. nampak x, betapa ayah xnk ktorang kalut.. Ayah tanya pak cik guard IPG tu, beliau kata, hotel terdekat beliau xpasti.. tp dekat UM ade hotel bole menginap.. Then ayah drove to UM and tanya pak cik guard UM pulak pasal hotel..(ayah mmg senang berurusan dgn pak guard je mungkin ).. Pak cik Guard tu kata, xde hotel utk menginap kat situ..(Okey,, mungkin full maksud beliau) Then the guard suggest us utk cari hotel area petaling jaya.. Dekat katanya.. Kerja aku dari Ipoh ke KL dok main GPS je.. Dari KL ke Petaling Jaya, kitorang guna GPS.. (kan first time gi KL) Akak GPS ckp, dari current location ke Petaling Jaya amik masa 20 minit menaiki kereta bersamaan lebih kurang 12km! (mungkin dekat orang KL itu 12km) Tapi, at last ktorang xgi sampai PJ.. instinct ayah kata mustahil xde hotel yg lagi dekat..tup2 pusing kiri ade hotel kat area pjs 1/2 Grade Hotel.. Memang ayh xpikir ape dah.. terus park and register. Amik kunci, naik atas.. (nmpk sgt semua dah lemau)
Esok paginya, tepat pukol 5 ayah da bangun.. kejut2 aku dengan mak suruh mandi, solat.. Lebih kurang 6.15am ktorang dah keluar hotel.. ayah kata klaw lambat nanti KL jam.. semua orang nak pergi kerja. (nmpk sgt takut kalutnye). Drive punya drive tetiba dah sampai IPGkBM pkol 6.30am! Jamnye ayah.. Ape nak buat awal2 ni? Disebabkan x sarapan lagi, kitorang singgah cafe IPG yang terletak kat basement3.(jauhnye) Kita makan dulu.. Opps, pembetulan.. bukan kita yang makan.. mak ayah aku je yang makan.. selera aku dah hilang awal2 lagi.. perut dah berkocak rasa nak pergi toilet saja.. Ni masalahnye bila nebes. Menyampah. Kitorang lepak2 kat cafe, sembang2 kasi hilang nebes. Ayah nasihat itu ini. Tup2 jam dah pukol 7.30am..Naik balik kat basement1 nak pergi dewan tempat temuduga. Aku kena datang sebelum pukul 8.00 pgi utk pendaftaran n taklimat. pukul 9.00 am baru start temuduga.
Temuduga dibuat secara berkumpulan seramai 8 orang dalam 1 bilik selama 1 jam. Ada 2 orang tuan penemuduga yang segak lagi bergaya. 5 minit video akan ditayangkan. Dan calon2 guru sekalian diminta untuk membincangkan apa sahaja mengenai video tersebut. Temuduga individu pun akan berlangsung waktu tu jugak. Dah xde lagi temuduga secara berseorangan. Maknanya kat sini, dalam 8 orang calon guru tu, beliau akan point kat sesiapa saja yang beliau berkenan dan akan tanya apa saja soalan yang beliau suka. Segment last sekali adalah sesi temubual dalam Bahasa Inggeris..
Pelan kedudukan temuduga IPG |
Lebih kurang macam tu lah kedudukannya.. ( Sori lah,, buruk. Aku bukan budak sains komputer ). Sebelum temuduga, tuan2 tersebut akan kutip fail2 korang yang berisi semua dokumen termasuklah kad pengenalan dengan surat beranak beserta salinan. Perhatian! Salinan disini bermaksud semua dokumen anda perlukan salinan yang telah disahkan termasuklah sijil berhenti sekolah, slip/sijil SPM, kad pengenalan dan surat beranak. Jangan jadi mcm aku. Dah lah xde salinan kad pengenalan dengan surat beranak, semua sijil pulak x disahkan.. adehh, kalut jugak aku.. Tp, alhamdulillah.. tuan tu bagi peluang lepas aku habis interview. aku kena fotostat surat beranak dengan IC dan minta pengesahan dari pensyarah Hal Ehwal Pelajar IPGkBM tersebut di tingkat 8. Habis aku meronda jugak lah satu bangunan. Alhamdulillah, Madam Aishah yang tanda tangan tu dan madam yang tlg aku fotostat tu sangatlah baik. Jasa kalian sumpah xkan saya lupa..!! Dokumen2 tersebut akan dibelek belek untuk tujuan pemarkahan mungkin. Sementara menunggu di luar bilik temuduga, haruslah anda berkenal kenalan dengan semua calon yang bakal bersama anda nanti. Setiap calon akan diberi sticker utk ditulis namanya dan dilekatkan di tudung. Jadi, xperlu berusaha untuk ingat nama semua orang.. kalau ingat adalah sangat bagus ! Waktu menunggu tu lah aku tahu ade 2 orang bekas pelajar KMS dan seorang bekas senior aku di SMKA Kerian..Tak kenal maka tak cinta.. (Apsal ak xpena nampak dorang sebelum ni??)
Dah abes urusan tuan2 dengan dokumen2 tersebut, beliau panggil ktorang masuk.. di saat ni lah, jantung aku dah macam nak meletop sudah..tangan sejuk macam bertapa kat Amazon..Dan serta merta aku ingat nasihat ayah tadi.. Katanya, kalau nebes sgt baca ayat ni. Baca banyak2 kali. Jadikan zikir. In shaa Allah okey..
Jangan takut, jangan sedih,, Allah bersama kita. :) |
Masuk bilik temuduga, kita duduk ikut urutan nama. Aku no 5 ya rakan2! no1 adalah orang yang paling tua. (Ya! Urutan ikut umur anda sekalian) tuan bagi kita peluang untuk kenalkan diri. Cakap la apa korang nak cakap. Aku waktu ni macam dah lupa nama sendiri.. (propa).Lepas tu, tuan briefing sikit. Katanya penilaian adalah berdasarkan 2 aspek utama iaitu KOMUNIKASI dan SAHSIAH. Diingatkan, bahasa yang digunakan adalah bahasa baku. Sub kepada komunikasi ada kefahaman, kelancaran dan sebagainya (aku pon xberapa fokus waktu ni..maaf, tuan) Then, beliau tunjuk tayangan video lagu 'Keranamu Malaysia' Hehehe.. senang hati sangat la sampai aku pun terikut nyanyi dalam hati. Gila! Aku terus fokus kat lirik2 yg tertulis dekat skrin. Kemudian, kami pun memulakan perbincangan. Permulaannya sangat lah awkward sebab macam blank nak start dari mana.. (waktu ni klaka, semua xbole cover cuak. termasuk ak) Berdasarkan apa yang aku faham, lirik lagu tu nak cerita pasal perubahan Malaysia yang semakin membanggakan. Aku sentuh pasal program transformasi negara, kerajaan berusaha mewujudkan dasar2 yang akan meningkatkan negara dari pelbagai sudut. Setiap dasar yang dilakukan sudah pastinya mempunyai faedah untuk rakyat. Dasar yang lama yang mempunyai sebarang kekurangan akan diganti dengan dasar yang baru yang lebih baik. Contohnya seperti dasar PPSMI yang telah dibuktikan mempunyai kekurangan yang tidak dapat dihindar, lalu diganti dengan dasar yang baru iaitu MBMMBI yang lebih produktif. Aku sentuh jugak pasal usaha kerajaan dalam menghapuskan jurang perbezaan antara masyarakat bandar dan masyarakat luar bandar melalui kemudahan Klinik 1Malaysia, Pusat Komputer 1Malaysia. Itu bahagian komunikasi. Kalau bahagian sahsiah pula, aku xberapa sure sebab beliau x huraikan secara detail. Apa yang aku boleh buat, waktu kita bercakap dan bentangkan pendapat kita, pandang semua orang yang ada dalam bilik tu. Disebabkan aku calon no 5, tengah2, mula2 aku cakap aku pandang kanan (calon 1,2,3,4), then aku jeling tuan sikit, baru beralih belah kiri (calon 6,7,8). Cakap dengan semua orang. Tapi yang sedihnya adalah bila aku pandang diorang dengan harapan dorang akan senyum kat aku dan dalam masa yang sama aku boleh cool, tapi dorang jeling aku pon tidak. Aku faham. Masing2 memikirkan point masing2. Oleh kerana aku tak mahu orang lain rasa apa yang aku rasa, aku pandang tepat pada muka orang yang sedang kemukakan pandangannya. Macam cikgu mengajar dekat depan. Kita kena tengok tepat muka cikgu tu, baru berkat kan.. (itu pandangan aku) Aku angguk2 tanda faham. (mungkin sebab tabiat aku juga). Sebenarnya bila aku fokus apa yang orang cakap,aku faham apa yang dia cakap, keluarlah idea yang baru yang menunjukkan aku bersetuju dengan pandangan calon tersebut. (Mungkin sebab tu aku susah berhenti cakap). Tengah syok2 sembang, tiba2 Tuan penemuduga point pada calon no 3 dan tanya soalan. Aku fikir, oke da start yang individu mungkin. Lepas tu beliau point dekat calon no 4 dan no 6. Bila masa aku ni? Dan tiba2 perbincangan tamat di situ. Ehhh? Apakah? Dan menurut spekulasi aku sendiri, calon no3, no4 dan no6 adalah yang paling kurang mencelah dan menyambut kesunyian. (Mungkin...)
Dan,, masa yang ditunggu tunggu! Bila tuan dah tutup perbincangan, tiba2 beliau kata berdasarkan result SPM, semua calon mempunyai result BI yang sgt memuaskan. Oleh itu, kita akan buat sedikit temuduga dalam bahasa inggeris.. OMG! Dengan berbekalkan result MUET yang sekadar band 2 ini, apakah mampu untuk aku menghadapinya? Dan soalan pun bermula dari calon 1.. What is your favorite food? Ehhhh?? Apakahh?? (sekali lagi) Soalan calon 2 pulak, Why you want to be a teacher? soalan calon 3, Tell me something about your family.. Sampai sini aku dah faham.. Beliau nak tengok kita boleh speaking ke tidak. Soalan tadika nih.. Calon 4, How did you came here? dan soalan aku.. Aku tgok tuan dengan mata yang dibuka besar. Dan tiba2 tuan terdiam.. (mungkin aku nmpk comel sgt waktu tu..mungkin) "apa saya nak tanya awak ye?" Calon lain da pakat gelak dah.. Aku jaga ekspresi lagi.. (seb bek aku tak buat gyiyomi) Then beliau tanya.. After SPM, what did you do until now? When u stand your SPM? Okey,, aku pon jawab la ikut sedap aku.. I done my 1 year matriculation programme in Kolej Matrikulasi Selangor in Banting. I continue accounting there. I learn economics, business management, mathematics and accounting. (nmpk x speaking band 2) Belum habis aku cakap, tuan tanya lagi.. Then why don't you be an accountant? Errrrr.. tuan! soalan beliau dah buat semua orang dalam bilik tu ketawa.. masing2 dah hilang neves mungkin.. Aku jawab, I want too, but I prefer teacher. Jyeahhhh.. Selesai. Calon 6,7,8 ak dah xfokus soalan dia.. hahahaha
Ini je yang mampu aku cerita dan kongsikan. Aku pun dah buat yang terbaik dan aku sangat harap korang yang lain berusaha dan dapat buat yang lebih baik dari aku.. Selepas kita dah berusaha, doa dan tawakkal, kita hanya perlu serahkan pada Tuhan. Allah lebih tahu mana yang lebih baik untuk kita kan.. Harap sangat entri kali ini dapat membantu orang lain.. Dan aku doakan, korang dapat buat yang terbaik.. Aja, aja fighting !!!