Saturday, April 27, 2013

aku mahu lesen memandu

Assalamualaikum,,

        ehem2,, maaf la.. dah makin berhabuk dan bersawang dah blog hamba ini... huhu,, sekarang makin sibuk dan bertambah sibuk..sekarang aku sibu tolong mak aku menjahit di rumah,, sibuk mengait itu dan ini,, sibuk berlatih main keyboard lah.. hehee.. tambah lagi satu hobi bagi mengisi waktu lapang ada sementara aku belum ke mana.. yang paling latest, aku sangat sibuk ulang alikke driving school..huhu,, masa hari first pergi Kurus KPP hari tu,, bukan main semangat aku.. 6 jam dengar ceramah,, 6 jam tu la aku tak pergi menjenguk ke toilet pon.. sangat semangat kan.. ha'ah.. balik rumah pinggang aku da macam apa dah.. siap kena urut dengan mak aku lagi.. pastu baru okey sikit... terima kasih tak terhingga buat bondaku tercinta!!

       
buku latihan aku,, seminggu jadi kawan rapat

ni nota KPP aku,, maaf la.. terlebih kretif

            Lepas ceramah KPP,, seminggu hidup aku tak aman.. selagi aku tak settlekan test komputer.. aku sangat takut terkandas di awal2 permulaan.. Kalau boleh aku nak lulus dengan cemerlang..Klau dapat full marklagi la bahagia hidup aku.. tak sia2 tidur tak lena seminggu...

ehem2,, ni result test komputer yg sgt dbanggakan

           Okey,, setakat ni semuanya berjalan dengan lancar.. Lepas test komputer,, kena amik pra L pulak.. 3 jam teori.. dengar ceramah lagi.. bapak mengantuk waktu ni..haiyoo,, tapi yang bagusnye.. tiap kali Encik Abu ( penceramah ) tanya soalan kat setiap orang.. soalan itu akan mati bila sampai dekat aku... tahniah buat mereka yang ada dibelakang aku kerana terhindar dari menjawab soalan.. takpe2,, sama-sama kasih..sampai 1 ketika encik Abu bengang,, beliau kata.."kalau awak jawab lagi,, awak yang berdiri atas kerusi.." hehehehe..so,, aku berhenti bersuara..

           masa 3 jam amali pulak,, seronok betul aku first time bawak kereta.. hahaa.. en Ismail yang guide aku masa tu.. ehem2,, beliau sempat tertidur masa hamba memandu.. katanya brek aku secukup rasa.. hahaa.. bila aku dengar beliau berdengkur halus,, lagi la aku cover main brek.. tiap kali lalu bonggol,, baik punya aku tahan brek.. haha.. kesian pulak kalau beliau terjaga.. hahaha (LOLS)

ni amali 3 jam,, cantikkan kasut aku? ehem,, BUM

ni kenderaan yang sengat bertuah krna dipandu oleh aku yg berhemah

view dri cermin pndang belakang..kalau nak belajar memandu,, boleh la call no yang tertera

Tuesday, March 5, 2013

Ketenanganku diusik

Assalamualaikum,,

          Hari ni 6 Mac 2013,, lagi berapa hari je keluar la result SPM.. Hmmm,, start bulan 2 lagi aku dah start mimpi pasal result SPM.. Agak menakutkan.. Aku cakap kat mak pasal benda ni..Mak cakap,, benda dah berlaku.. So,, aku pun ambil keputusan untuk terus buat slamber dan terima apa adanya.. Tapi,, masih tak mampu nak buat slamber bila surat2 IPTS datang bertimbun dekat rumah.. Bila aku dah start isi UPU.. Sekarang bila dah lupa keresahan pasal result SPM,, aku tengah pikir pasal nak sambung mana lepas SPM nanti..Mula2 dulu ayah aku ada usik2,,ayah kata,, "Kakak tahun depan form 6 Raja Chulan, dekat je..". Mak pulak kata,, "Agak2 nak teman mak dekat rumah masuk la form 6 Raja Chulan." Ahhh2,, stress ~
         
          Tahu kenapa aku stress?? Sebab aku sangat tak boleh terima form 6..Semua orang akan rasa benda yang sama macam aku rasa.. Semua nak sambung IPT.. Pernah satu hari aku cakap kat member,, paling kurang pun aku nak sambung diploma kat U asalkan bukan masuk form 6.. Ayah dengan mak pulak terus terusan cakap pasal form 6.. Tapi aku diamkan saja.. Ayah usik apa2 pasal form 6 aku senyum saja.. Sampai lah 1 hari aku cakap kat ayah apa yang aku rasa pasal form 6.. Ayah pun 'basuh' lah otak aku..Beliau kata,, memang budak form 6 dianggap sebagai seseorang yang result SPMnya tak baik..Ayah akui..Tapi kalau budak2 yang score SPM masuk form 6 in shaa Allah jadi gempak!! Budak yang kaki study diorang tak anggap form 6 sebagai tahun honeymoon.. Bila dengar ayah cakap macam tu..mula2 aku diam je.. Ayah kata kalau nak sambung matrik akaun pun tak apa,,teruskan..Tapi, sebenarnya aku tak nak jadi akauntan sangat pun..Masih terus berfikir...

          Satu hari ayah bawa balik brochure UIAM.. Usha punya usha tetiba yah tunjuk kat Asasi Sains Kemanusiaan.. Dalam kolum yang sama  dia tulis "kaunseling (pendidikan)" Oh yea!! Itu yang aku nak sebenarnya.. Jadi cikgu kaunseling.. So,, aku dengan ayah pun godam balik borang UPU tu letak Asasi Sains Kemanusiaan UIAM dekat no 1..Lepas 2,, edit sikit yang lain2..Tapi yang lain kebanyakannya diploma saja.. Masih terus berfikir.. So satu hari,, aku decide untuk ambil info dekat internet pasal form 6..Kelebihan form 6.. Taraf sijil STPM..blablabla..Kalau korang berminat, Korang boleh baca dekat sini.. (http://zmd94.wordpress.com/2012/06/17/kelebihan-tingkatan-6/)

           Tetiba satu malam,, aku mimpi aku sambung form 6..Semalam pun aku mimpi pasal form 6 lagi..So,, sekarang dah nampakkan yang aku tengah fikirkan form 6 sampai masuk dalam mimpi..Aku fikir punya fikir sampai lah aku cakap kat ayah aku,,"Kita tunggu yang Asasi UIAM tu,, kalau tak dapat kakak sambung form 6".. Akhirnya,, aku dapat terima semua tu. Dan sekarang,, aku dah kurang risau pasal result SPM aku nanti.. Aku fikir, aku dah buat sehabis baik dan tak pernah rasa seserius itu. Satu hari aku nampak post dekat FB pasal Lee Kwang Soo (running man member yang menyedihkan tu). So,, level ketenangan naik balik..


Monday, February 11, 2013

Perjuangan diteruskan

Assalamualaikum,,,

          Berdasarkan tajuk hari ini,, mesti orang yang baca akan dapat teka apa yang berlaku kan...(aku rasa dah tiba masanya untuk aku post entry dengan lebih proper..sebab tu bahasanya agak skema bukan?) Ya,,aku akui..macam2 yang aku lalui sepanjang kerja kat situ..kalau ada suka..haruslah ada duka juga...hidup tak selalunya indah...langit tak selalu cerah...malam tak selalu berbintang...Kerja ni seronok sebenarnya...yang tak seronoknya orang yang bekerja itu sendiri..bukan kitorang yang kontrak ni saja yang kerja kat suk tu...bukan kitorang saja yang buat lejar itu dan ini...ade lebih kurang 6 or 7 orang budak praktikal Wan Nadzir n Co itu sendiri yang kerja sama2 dengan kitorang...Disebabkan aku paling muda...aku hanya mampu diam dan mendengar kata..tak mampu untuk bersuara..
 
          Tak tahu salahnya di mana..tak tahu silapnya di mana..staf kontrak dengan staf praktikal Wan Nadzir sangat tak sebulu...Apa yg staf kontrak buat semuanya dianggap salah...semuanya serba kekurangan..Boleh korang bayangkan...budak praktikal yang belum graduate lagi tu bole arahkan staf kontrak yang tua 5 tahun dari diorang buat itu ini...melebihi watak seorang bos..siapa dia sebenarnya??Ya,,aku akui aku tak berhak bersuara...Aku lagi tak ada apa2 sebab masih setahun jagung...aku tak rasa apa kalau aku yang disuruh itu ini..sebab aku buat apa yang diorang suruh atas alasan...membantu kakak..Tapi apa hak diorang nak suruh akak staf kontrak ni berhenti buat lejar dan pergi fotostat dokumen yang dia tengah uruskan?? Seorang budak praktikal..

         okey,,,takanan mulai terasa bukan?? Dan lagi,,bukti ketidak sebuluan ini...kitorang nak bercakap dalam ofis pun tak boleh? Bukan bermakna kitorang cakap,kitorang tak buat kerja..kenapa jadi macm tu? mesti kerja dalam suasana sunyi ke? masing2 tertekan..bila cakap sikit kena staring macam ape lagi...dan aku yang sangat dikenali dengan mulut yang tak reti diam ni yang menjadi sasaran..sampai nama naik kat encik bos...dapat berita yang group aku hanya pandai bercakap dan tak buat kerja..Alhamdulillah...Setelah lebih kurang 40 lejar individu aku bat sepanjang hari...setiap hari...itu yang aku dapat? boleh bayangkan perasaan aku?? belum tambah lagi lejar individu yang sangat panjang..yang kerap kali aku dapat...

dengan tulisan yang maintain...


1 individu, 6 helai lejar, 168 butir

              Okey,,tekanan makin terasa? Disebabkan aku masih mentah dan tak punyai hak untuk bersuara apatah lagi untuk berbalah dengan mereka2 yang lebih senior untuk buktikan yang aku tak bersalah,,aku hanya berdiam dan terus berdiam..Lava gunung berapi akan meletus jua kan...Apa yang aku boleh cakap dalam hati.."sabar2..bila diorang recheck,,diorang boleh termuntah tengok tulisan aku saja" . Sampai 1 hari,, bila da tak tahan sangat dengan jelingan 'manja' dari jauh..kitorang berhenti bercakap..langsung tak angkat kepala..tulis dan terus menulis..

ni cara kitorang bercakap dalam ofis

             Akhirnya kitorang tukar cara bercakap dalam ofis agar semua pihak berpuas hati..Senyap sekejap desas desus group kitorang..tetiba datang pulak cerita baru...ade akak praktikal yang brtuah tu nampak kitorang main surat2 ni and judge kitorang kutuk akak yang staring macam nak makan tuh..Alhamdulillah..cerita baru lagi pasal kitorang...kenapa sensitive sangat ntah diorang nih..Untuk pengetahuan mereka2 yang berkenaan..tak terlintas untuk kitorang mengutuk mahupun mencerca mana2 pihak staf wan nadzir mahupun staf praktikal mahupun staf suk..apatah lagi staf kontrak..kitorang sembang pasal korea kot !! kalau korang boleh baca tulisan dalam gambar tu korang akan paham apa yang menjadi topik hangat yang begitu menarik perhatian kitorang...mengutuk orang belum menjadi topik yang hangat untuk kitorang perbualkan...tolong la!! Jangan rasa diri 2 hot sangat nak jadi bahan...tak paham betul..

             Bila dah tak tahan sangat dengan situasi tekanan,,aku pergi toilet..tengok luar tingkap..meraung puas2..tak siapa tahu...tak siapa nampak..tapi bila masok ofis balik..mamposs! tak dapat nak sorok bekas tangis..kak najah dengan kak dyla boleh baca pulak dah...Dan macam tu lah seterusnya..Bila tak mampu untuk bersuara..